Followers

Thursday 28 February 2013

Hasad Dengki Manusia.~



Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum wbt..


"Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar".
                                                                                                          

                                                                                                    (Hadis riwayat Abu Daud) 


          Dengki adalah beban yang berat kerana hati sentiasa dipukul kegelisahan setiap kali melihat orang lain berjaya atau bahagia. Lidah akan menuturkan kata-kata berupa fitnah, cacian dan memperlekeh orang lain. Orang yang mempunyai perasaan dengki ini ternyata dalam kerugian.

         Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

  1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
    2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau 
        tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu
        perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada 
        Allah Swt kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

   3.  Orang yang berperangai seperti juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati 
        kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa
        kepada bencana dan kerosakan.

Di dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karang Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuk faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antaranya ialah :

  • Perasaan Permusuhan dan Kebencian
  • Merasakan Diri Mulia
  • Takabbur
  • Ujub (Bangga Diri) :  Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu
                a) Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
                                       
                b) Orang yang versifat ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya 
                    sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi 
                    pelajarannya, amalannya, kekayaannya, atau sebagainya dan ia
                    menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana
                    yang dia lakukan.

                c) Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan 
                   orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
                
  • Takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan
  • Ghairah menjadi ketua dan mencari populariti
  • Busuk hati

                    
       Oleh itu, wajiblah bagi setiap manusia jauhi dan hindari perasaaan hasad dengki sesama manusia kerana tiada yang lebih sempurna dan berkuasa selain ALLAH SWT.

      Hasad dengki adalah sifat yang paling keji yang hidup dalam hati manusia yang mana berkemungkinan boleh memesongkan akidah umat islam. Ia boleh mendorong seseorang yang mempunyai hasad dengki tersebut melakukan perkara syirik seperti berjumpa bomoh untuk mengkhianati orang yang didengkinya. Nauzubillah.! 

     Hidup kita didunia ini adalah sementara manakala selama-lamanya di hari akhirat kelak yang kekal abadi. Maka, tinggalkan sifat hasad dengki ini dan janganlah terlalu mengikuti bisikan syaitan.

     Tanamlah sebanyak mungkin tanaman didunia agar kita boleh menuai hasilnya di akhirat kelak. In Shaa Allah. Semoga kita semua dilindungi Allah swt.. Sesungguhnya janji Allah adalah benar.!~


No comments:

Post a Comment