Followers

Thursday 28 February 2013

Hasad Dengki Manusia.~



Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum wbt..


"Hindarilah dengki kerana dengki itu menghancurkan kebaikan seperti mana api memakan kayu bakar".
                                                                                                          

                                                                                                    (Hadis riwayat Abu Daud) 


          Dengki adalah beban yang berat kerana hati sentiasa dipukul kegelisahan setiap kali melihat orang lain berjaya atau bahagia. Lidah akan menuturkan kata-kata berupa fitnah, cacian dan memperlekeh orang lain. Orang yang mempunyai perasaan dengki ini ternyata dalam kerugian.

         Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

  1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
    2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau 
        tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu
        perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada 
        Allah Swt kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

   3.  Orang yang berperangai seperti juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati 
        kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa
        kepada bencana dan kerosakan.

Di dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karang Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuk faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antaranya ialah :

  • Perasaan Permusuhan dan Kebencian
  • Merasakan Diri Mulia
  • Takabbur
  • Ujub (Bangga Diri) :  Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu
                a) Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
                                       
                b) Orang yang versifat ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya 
                    sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi 
                    pelajarannya, amalannya, kekayaannya, atau sebagainya dan ia
                    menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana
                    yang dia lakukan.

                c) Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan 
                   orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
                
  • Takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan
  • Ghairah menjadi ketua dan mencari populariti
  • Busuk hati

                    
       Oleh itu, wajiblah bagi setiap manusia jauhi dan hindari perasaaan hasad dengki sesama manusia kerana tiada yang lebih sempurna dan berkuasa selain ALLAH SWT.

      Hasad dengki adalah sifat yang paling keji yang hidup dalam hati manusia yang mana berkemungkinan boleh memesongkan akidah umat islam. Ia boleh mendorong seseorang yang mempunyai hasad dengki tersebut melakukan perkara syirik seperti berjumpa bomoh untuk mengkhianati orang yang didengkinya. Nauzubillah.! 

     Hidup kita didunia ini adalah sementara manakala selama-lamanya di hari akhirat kelak yang kekal abadi. Maka, tinggalkan sifat hasad dengki ini dan janganlah terlalu mengikuti bisikan syaitan.

     Tanamlah sebanyak mungkin tanaman didunia agar kita boleh menuai hasilnya di akhirat kelak. In Shaa Allah. Semoga kita semua dilindungi Allah swt.. Sesungguhnya janji Allah adalah benar.!~


Sunday 15 April 2012

Persepsi tak seindah Realiti.~

Assalamualaikum bloggers yang hebat and readers yang mantap :) 

     Persepsi tak seindah realiti.???~


     Ya.!! Persepsi tak seindah realiti...persepsi hanya pandangan,pendapat orang semata mata,yang tahu realitinya adalah diri kita sendiri..kenapa perlu nak percaya kata kata orang tanpa kita tau cerita sebenar benarnya.??! ini la MASALAHnya...sometimes,apa yg diperkatakan mungkin betul but sometimes they are not.!so,apa apa shj yg kita dgr,jgnla kita percayai 100%...mungkin 50% je kita blh percayai...mungkin lg 50% tu tokok tambah yang disampaikan oleh si pemberita...siapa tahu an.~ kita takkan kenal seseorang secara 100% kan...

    Persepsi ialah Penafsiran seseorang,dimana di mengorganisasi pengetahuannya.~ 


    Dannnn......nk ubah persepsi seseorang itu bukan lah mudah..sama gak mcm nk ubah persepsi masyarakat ttg RASUAH.! again..bout CORRUPTION.! hee~  so,walaupun susah nk ubah,tak salah kalau kita cuba ubah persepsi kita.! keep fighting uols..masuk bab rasuah lak.! wee~

    Dannn...i juz got a news form SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sekarang kita telah ada AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT atau WISTEL BLOWER PROTECTION ACT 2010..dengan adanya Akta ini semua pemberi maklumat rasuah dilindungi dan tidak perlu takut tampil ke hadapan.So,para blogger n reader esp. publics smua tak perlu risau n takut nak buat aduan ttg RASUAH yang berlaku..sebabnya,anda semua dilindungi..!~ :))
sumber diperolehi : Dato Samsiah.~ 

    Menjadi tanggungjawab kita bersama utk betulkan semula PERSEPSI masyarakat terhadap SPRM.Berkenaan dgn isu ikan kecil dan ikan besar kita memandang hanya ikan kecil sahaja yg byk ditangkap berbanding dgn ikan besar.Tapi,REALITInya tidak begitu. Jika SPRM menangkap 100 ikan kecil yg melakukan rasuah,bilangannya masih kecil jika nak bandingkan dengan 1 ikan besar yg ditangkap. Ini bermakna penangkapan golongan atasan adalah lebih banyak berdasarkan nisbah mereka.

    Ini kerana mana mana sistem pun ianya adalah berbentuk piramid. Yang atas sentiasa menjadi minoriti dan yang di bawah sentiasa mendominasi dalam bilangannya.

   Jadi,tiada isu sebenarnya hanya ikan kecil sahaja ditangkap.
sumber diperolehi : Spr Ipt :hidayat.~

   Dannn..i'll upload video about CORRUPTION dlm blog ni..nantikan ya para bloggers n readers..dan,pls support me to fight corruption..together kita GANYANG RASUAH.tunjukkan bahawa belia generasi kita sedar akan bahayanya rasuah ni...~ mari sama sama kita ubah persepsi kita terhadap rasuah.!!

    Dann...believe me,i dont get anything to spread this info...juz sharing dgn korang..sharing is caring...(^_*) fikir fikir kan lah dan selamat beramal..im believe u r d best to understand what im trying to say.. :D. 

     Enjoy our pictures :--->

 Cycling sekitar kampus..!~
 antara yg terlibat.~
 teserlah semangat members usim acs berkempen :)
 Mengedar risalah Kempen Anti Rasuah (KEMAR) di Dataran Selera~
 Pelajar sekolah yg melawati USIM turut menerima risalah KEMAR :D
 Poster poster untuk KEMAR~ *semangat.!~ 
 kami sama sama turun padang! fighting corruption.!~
 kami lah sekretariat pencegahan rasuah usim.! *sebahagian drpd ahli kami :)
perbincangan diteruskan utk closing KEMAR.. :)


Thursday 12 April 2012

CORRUPTION.? mende tu.??~ Pls read more then =)

Assalamualaikum Bloggers & Readers =)


Jom baca.!!


     CORRUPTION.? do u know what is corruption.??~ In malay word is RASUAH..terang lagi jelas bukan?.. Sana sini rasuah berlaku..kadang kadang depan mata kita je kan..tapi,apa yang kita buat.? sekadar melihat saja ia berlaku dan biarkan ia berleluasa...mana TANGGUNGJAWAB kita.?? kenapa tidak kita sama sama banteras  RASUAH.?? so,please la wake up.!! kalau korang rasa ada unsur unsur rasuah yg blaku sekitar korang,pls make a report kpd SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ).. report je pn..tak susah kot..kan..kan kan.. =) Yuk,kita tunjukkan kesedaran kita kawan kawan.!!
 * macam sedang berkempen kan..wee~

    Please read more =)


 Teori rasuah: Kuasa+peluang-integriti= rasuah.


Jika kita tiada kuasa, so camne org nak rasuah kita kan. Cth; tiba2 kita g tahan org naik motor x pakai helmet then minta duit kat dia. Kalau dia x bg duit kita nak tangkap dia. So sebabkan tiada kuasa so x berlaku rasuah.

Kedua: Jika ada kuasa dan ada peluang barulah boleh jadi rasuah. Maksudnya sebagai cth bila seorang pegawai kerajaan diberi tawaran sejumlah wang dan tiada pengawasan. Erti kata lain "line clear".. So kalo x ada peluang means x berlaku rasuah.

Ketiga: Berkenaan integriti. Jika seseorang tu ada kuasa dan peluang untuk menerima/ memberi rasuah, tapi dalam diri dia juga ada integriti, so rasuah juga xkan berlaku. Ia boleh berlaku hanya sekiranya seseorang itu tiada integriti. Bila cukup elemen2 ni baru rasuah berlaku.

Tapi kalo contohnya kita sebagai pelajar, minta kawan kita tolong siapkan assignment, kemudian kita bayar duit kat dia. Ia x d anggap rasuah. Tapi dari segi moralitinya ianya x beretika. Ia menjurus ke arah perbuatan rasuah.

Apa2 yang kita lakukan untuk mencapai kepentingan diri kita so dianggap salah. Walaupun ianya bukan rasuah, tapi ia melambangkan integriti diri kita. Jika kita tiada integriti sudah pasti tiada jati diri dan hilang pedoman diri.. =)

Jadi kita perlu bentuk dan tanamkan integriti dan kejujuran dalam diri sebagai bekalan d masa hadapan.

Dipetik dari SPR IPT~
( my senior: hidayat)~

     So, mcmna.? da baca.? korang dialu alukan tinggalkan komen ataupun pendapat korang disini tentang RASUAH.apa pendapat korang kadar jenayah rasuah di negara kita sendiri..? leave ur comment here.

    Sebarang persoalan berhubung rasuah,bolehlah ajukan di laman rasmi kami di facebook : USIM Anti-Corruption Secretariat. InshaAllah we'll answer ur question.

Together we eradicate CORRUPTION.!!~
 bersama Sprm, Aspera ( Alumni Sekretariat Pencegahan Rasuah ) & seluruh Spr Ipt di AKM,Langkawi =)
 Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM Anti Corruption Secretariat ) bersama Puan Zainab (pegawai SPRM Negeri Sembilan )
 SPR USIM & SPR UTEM.
Bersama sama kita '' GANYANG RASUAH ''!! Ayuh laporkan rasuah yang berlaku di sekeliling anda.!~









Wednesday 11 April 2012

Dia yang menjadi kesayangan saya.!~

Assalamualaikum.!~


11/04/2012 : Dia kena tahan wad...again.!!! sbb DEMAM PANAS.... =(

          Who is he.??jeng..jeng...His name is SYED MUHAMMAD MUSTAQIM SYED NUR KHAIRUL UMUURI...*panjang kan..hihi..mustaqim adalah anak kepada sepupu sy. Even though i dont have my own nephew,taqim the only one like my own nephew =)

         Gelak tawa nakal si taqim selama ni memecahkan kesepian kanak kanak kecil di teratak kami...(pergh ayat klasik gittew..hee~).. Sementara menantikan the real nephew, Taqim memang sangat sangat sangat dimanjakan..pergi kemana pasti dibawa bersama..bestkan jadik budak kecik...huhu

        Dan hari ini dah 5 hari Taqim demam..klinik sudah pergi,now,dia kunjungi HBM ( Hospital Besar Melaka ) pulak..tak semena mena kena tahan wad akibat dmm panas..T_T..pls pls korang do a pray for him..pity for him..tak lalu makan,minum susu pn muntah balik,makin kurus..muka yg pucat lagi lesu.. TT__TT

        I love him very much...see d pics of Taqim---->


kena tahan wad sbb dmm panas.. pls do pray for him ya friends :(


Mula mengenali alif ba ta..hee..



Mustaqim dikala sihat =)


sukanya bila dia ceriaaa...^^



Syed Muhammad Mustaqim..!~ ILUVM :D

Monday 9 April 2012

Mid Semester Break.?!~

     Kampus induk & kampus cawangan Universiti Sains Islam Malaysia 'mati' seketika setelah hampir 99.9% studentnya menjengah ke kampung halaman masing masing. 0.01% lagi pi mana? stay kat kolej kediaman lar..hee..:D

     Mid sem break.?? balik kampung.?? jumpa mak ayah & family?? duk umah jek?? study kat rumah.?? buat assignments.??watching movies?? or surfing internet,facebooking & update blog.?hahaha...

   Siapkan assgmnt.?setakat ni tidak lagi..huhu..update blog.? YA.!! huhu..

   Setuju atau tak, cuti memang membahayakan seseorang pelajar.? absolutely agreed.! meh nak habaq...Apa yang kita belajar selama 2bulan,boleh hilang dalam masa sehari..kalau tak caya,cubala..korang hadap je tv,laptop..watching movies,facebooking..ber'twitter' dll...tanpa wat ulangkaji~ im very sure,korang akn lupa apa yg korang belajar dlm masa dua bulan...its juz my perception...sbb blaku atas diri sendiri..hee.takdak kaitan antara hidup&mati sesiapa tau..huhu..peace~

 "Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".
                                                      "Something is better than nothing"
                                                   Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.
                                                   "If you can't see it, you can't have it".

Sunday 8 April 2012

Sekembali ke medan penulisan~

Assalamualaikum everyone..for those yg read la.. :)

Now,i am back to writing whatever i want to do in my blog..let me start one topic.!


Campus life vs school life..korang prefer mana???!

Me.? tentu la school life...dulu dulu time sekolah " taksabarnya nak masuk U..sukanya hari hari pakai baju apa pn yg kita suka.boleh skip kelas kalau malas." - perception semata mata time ni.hee

Now...at campus " YaAllah banyaknyer assignment kena antaq,takcukup tu,kena wat quiz dalam GOALS (sistem) pulak daaaa.baju melambak tak basuh lagi tu..kan bgs pakai pakaian seragam mcm sekolah dulu dulu..dua pasang pakai seminggu.tak payah nak duk pikiaq esok nk pakai baju apa lusa nk pakai apa..nak ponteng kls pn takleh.nnt markah takdak.pastu nnt takleh duk final exam..tambahan lak,kalau skip kls,rugi oooo...lect. bkn mcm ckgu skola dulu..leh ulang ulang..!aish..campus life mmg mencabar.! " - yg ni bukan persepsi dahhh...ni REALITY~


Best kan belajar U.??? best ke.?erk~...bg adik adik yg ada impian nk masuk U tuk suka suka,better lupakan ya.. Back to niat kita..masuk U sbb nak TUNTUT ILMU. jomlah rasai pahit manis bergelar MAHASISWA/WI..! hee.. Zaman sekolah tetap terbaaaaiikkkk.. :)


so,ur answer.? campus or school.? all is in ur hand..hehe :)


nie la tempatku timba ilmu.. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) :)